[VIDEO] Hujan ribut, persiapan Ambang Merdeka di Stadium Perak musnah sekelip mata


  • Tular
  • Rabu, 30 Ogos 2023

Tangkap layar hujan ribut melanda kawasan berhampiran Stadium Ipoh, Perak.

MENJELANG sambutan ambang kemerdekaan yang bakal berlangsung pada 31 Ogos kelak, penduduk di Ipoh, Perak berdepan bencana apabila dilanda hujan ribut pada petang Rabu.

Sambutan kemerdekaan yang dijadual berlangsung di Stadium Perak dijangka tergendala dek kerana kerosakan pada jalan raya serta ruang pentas yang hancur ketika kejadian.

Rakaman kejadian dikongsikan di laman media dan hangat diperkatakan dalam kalangan warganet.

Insiden itu mengakibatkan tapak niaga di stadium terbabit musnah dan roboh ditiup angin kencang selain turut menghancurkan laluan jalan raya di situ.

Bagaimanapun jumlah kerugian dan anggaran kerosakan masih belum dapat dipastikan.

Kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan juga belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian itu setakat berita ini ditulis. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram