[VIDEO] Selepas sehari, mayat remaja Rompin timbul sendiri 5 meter dari lokasi lemas


  • 112
  • Sabtu, 26 Ogos 2023

Tangkap layar mayat seorang remaja lelaki ditemui di Sungai Lubuk Batu, Kota Bahagia, Rompin, Pahang.

SEORANG remaja lelaki yang dilaporkan hilang dihanyutkan arus deras di Sungai Lubuk Batu, Kota Bahagia, Rompin, Pahang pada Khamis ditemukan lemas pada Jumaat.

Rakaman kejadian dikongsikan di laman media yang memaparkan mayat mangsa dijumpai orang kampung dalam operasi pencarian dilakukan oleh pihak bomba.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata, mayat Mohd Iman Daniel Azri, 14, ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat pada 6.59 petang, selepas timbul lima meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

"Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya ringkas dalam kenyataan pada Jumaat malam.

Terdahulu, Mohd Iman Daniel yang beralamat di Felda Keratong 4, Rompin, dipercayai dihanyutkan arus ketika mencari kepah di sungai berkenaan, bersama rakannya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram