[VIDEO] Kerusi rebutan PN, PH-BN, ketahui trivia menarik DUN Simpang Jeram


  • Politik
  • Jumaat, 25 Ogos 2023

Parti Perikatan Nasional (PN) dijangka mampu meraih undian tertinggi menjelang PRK pada 9 September depan. — Awani

MENJELANG Pilihan Raya Kecil (PRK) yang bakal berlangsung pada 9 September depan, parti Perikatan Nasional (PN) dijangka akan memberikan tentangan sengit untuk merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Menurut laporan media, pengerusi Bersama PN Bakri, Mahadzir Abu Said berkata, gabungan tersebut yang diwakili calon daripada PAS nekad akan memberi tentangan sengit kepada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Ia susulan gelombang rakyat yang menyokong PN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos lalu dilihat seakan memberi petanda bahawa parti tersebut mampu menawan DUN Simpang Jeram.

Beberapa perkara yang akan menjadi tumpuan khususnya adalah berkaitan kebajikan dan infrastruktur masyarakat sepanjang kempen berlangsung kelak.

TRIVIA DUN SIMPANG JERAM

DUN Simpang Jeram berada di dalam Parlimen Bakri. Keluasan kawasan DUN ini adalah 36 kilometer persegi.

Statistik maklumat di Simpang Jeram mencatatkan sebanyak 66,860 jumlah penduduk secara keseluruhan membabitkan 1,857 kepadatan penduduk di kawasan terbabit, demikian mengikut data Jabatan Perangkaan 2022.

Seramai 68.5 peratus penduduk daripada golongan berusia 18 tahun dan ke atas dilihat antara kelebihan yang mampu menyumbang kepada undian terhadap PN dengan 52.3 peratus daripadanya adalah kaum Bumiputera yang menjadi taruhan pengundi pada pilihan raya nanti.

Meskipun terdapat perbezaan kira-kira 3,000 pengundi antara kaum Tiong Hua dan Melayu, keputusan undian adalah bersifat subjektif dan boleh bertukar mengikut kehendak sebilangan pihak yang mahukan suara mereka didengari oleh kerajaan.

Justeru, gabungan komponen PN terdiri daripada Bersatu, Pas dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dijangka mampu memastikan sokongan padu diraih di DUN Simpang Jeram.

Dari segi peratusan jantina pula, seramai 35,639 penduduk ialah lelaki manakala 31,221 adalah wanita. DUN Simpang Jeram mencatatkan bilangan lelaki melebihi perempuan dengan nisbah 114 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

ncn;

Dr Mohd Mazri Yahya (kiri) diumumkan sebagai calon PN di DUN Simpang Jeram.

Sementara itu, pada Rabu, Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bilik Gerakan Utama (BGU) PN Pulai, Johor Bahru Johor mengumumkan pakar bedah vaskular dan endovaskular, Dr Mohd Mazri Yahya yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat serta Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor sebagai calon PN bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Simpang Jeram.

Dalam pada itu, sokongan bagi kawasan DUN Simpang Jeram boleh dinilai ekoran sambutan serta galakan diterima oleh PN apabila Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi mengadakan lawatan di Johor yang menyaksikan kehadirannya dialu-alukan penduduk di sana baru-baru ini.

Meskipun tidak bertanding di kawasan terbabit, aura yang dibawa selaku individu mewakili PN melihatkan Muhammad Sanusi disambut oleh sekumpulan penduduk yang cukup menyanjungi kedudukan beliau sebagai pemimpin.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN15) lalu, Muhammad Sanusi mencatatkan kemenangan bergaya sekali gus berjaya mempertahankan kerusi DUN Jeneri dengan majoriti 16,050 mengatasi calon BN, Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim yang mendapat sebanyak 5,773 undi.

Untuk rekod, PRN di Johor sebelum ini menyaksikan PN diwakili Zarul Salleh mendapat 6,360 undi manakala Parti Amanah Negara (Amanah) yang diwakili Datuk Seri Salahuddin Ayub memperolehi 8,749 sekali gus menang dengan 2,389 undi.

Sementara itu, calon BN, Datuk Lokman Md. Don pula memperoleh sebanyak 6,062 undi.

PRK DUN Simpang Jeram diadakan berikutan penyandangnya, Salahuddin meninggal dunia pada 23 Julai baru-baru ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram