[VIDEO] Tersalah masuk wilayah musuh, tentera Rusia 'kebal' tak mati ditembak peluru senapang


  • Benua
  • Sabtu, 26 Ogos 2023

Tangkap layar seorang tentera Rusia tersalah masuk ke kawasan perlindungan musuh di Donetsk, Ukraine.

SEORANG anggota tentera Rusia berdepan detik cemas apabila tersalah masuk ke kawasan wilayah musuh dalam peperangan melibatkan Ukraine dan Rusia baru-baru ini.

Dalam satu pergolakan yang tercetus di wilayah Donetsk, Ukraine, seorang tentera Rusia hampir terbunuh selepas dia ditembak dari jarak dekat oleh askar Ukraine yang berselindung di sebuah kawasan hutan wilayah mereka.

Meskipun ditembak beberapa kali, individu terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan peluru senapang itu gagal menembusi kulitnya.

Dilengkapi dengan pakaian keselamatan tentera, askar Rusia itu pantas melarikan diri sebaik menyedari situasi terbabit.

Dalam pada itu, pergolakan yang tercetus di wilayah Donetsk, Ukraine ketika ini difahamkan telah mengakibatkan beberapa kematian dalam pengeboman oleh tentera Rusia.

Media antarabangsa melaporkan,setakat ini seramai tiga orang terbunuh dan dua lagi cedera dalam tragedi tersebut.

Ketua pentadbiran tentera di Donetsk, Pavlo Kyrylenko berkata, penceroboh Rusia menyerang kampung tersebut dengan serangan meriam kira-kira pukul 7 malam Selasa.

"Mereka yang terbunuh ialah dua orang wanita dan seorang lelaki berusia antara 63 hingga 88 tahun.

"Rusia sengaja melancarkan serangan terhadap orang awam, tujuannya adalah untuk memaksa penduduk di sini menerima kehadiran dan penguasaan mereka," ujarnya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram