[VIDEO] Pemandu kereta maut kena hentam treler di lampu isyarat Lenggong


  • Tular
  • Jumaat, 25 Ogos 2023

Seorang lelaki meninggal dunia selepas kereta dipandunya dirempuh dari belakang oleh sebuah treler di simpang lampu isyarat MRSM Lenggong, Perak pada Jumaat.

SEORANG lelaki meninggal dunia selepas kereta dipandunya dirempuh sebuah treler dari arah belakang dalam kejadian di simpang lampu isyarat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong, Perak pada Jumaat.

Difahamkan, akibat rempuhan tersebut, mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Myvi itu maut di tempat kejadian.

Berdasarkan maklumat awal, sebuah kenderaan jenis Toyota Avanza turut terbabit dalam kemalangan ngeri itu.

Beberapa gambar dan video kejadian dimuat naik di laman Facebook Viral Perak pada Jumaat.

Menurut perkongsian orang awam, jalan itu merupakan antara lokasi yang sering berlakunya kemalangan membabitkan pengguna jalan raya.

"Rasanya dah banyak yang terkorban di sini. Perlu ada langkah pasti mengatasi masalah ini," kata Hamimi Hishamuddin.

"Ada beberapa lampu isyarat sukar dilihat dari jauh kerana tidak ada papan tanda amaran terdapat simpang berlampu isyarat di hadapan. Ada tempat di mana garisan tanda jalan sudah kelam dan sukar dilihat, menyukarkan pemandu yang melalui (jalan ini) pada waktu malam," tulis Mohamed Noor Mohamed.

WhatsApp Image 2023-08-25 at 21.59.59

Jalan itu merupakan antara lokasi yang sering berlakunya kemalangan membabitkan pengguna jalan raya.

"Dah cadang dulu supaya buat roundabout saja. Lagi selamat," ujar Faizah Kamar.

Bagaimanapun, setakat berita ini ditulis, masih belum ada sebarang kenyataan media daripada pihak berkuasa berhubung insiden berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram