[VIDEO] 'Sedap layan lagu,' dah bagi signal kecemasan pun 'driver' lori gigih nak potong


  • Tular
  • Isnin, 14 Ogos 2023

Tangkap layar kejadian kemalangan melibatkan dua buah lori di Jalan Kuantan-Segamat di Rompin, Pahang pada Ahad.

TERLALU asyik melayan drama di corong radio dipercayai punca kemalangan melibatkan dua buah lori di Jalan Kuantan-Segamat di Rompin, Pahang pada Ahad.

Kejadian sekitar pukul 5.23 petang itu difahamkan berlaku berhampiran Ladang Bebar, Muadzam, dan dikongsikan di laman sosial pada Isnin.

Berdasarkan video berdurasi 25 saat tersebut, meskipun lori di hadapan sudah menekan brek dan menyalakan lampu kecemasan, pemandu lori yang berada di belakang dilihat tetap sahaja mahu memotong di laluan yang sempit itu.

Namun, tindakan itu hanya membawa padah baginya apabila pemandu lori berkenaan terpaksa mengelak kereta lain yang datang dari arah bertentangan hingga menyebabkan kenderaannya melanggar bahagian tepi lori di depannya.

Lebih parah, kecuaiannya itu telah mengakibatkan kecederaan kepada pemandu kereta tersebut.

Dalam masa yang sama, berkemungkinan akibat tidak fokus kepada keadaan jalan di hadapannya menyebabkan pemandu lori itu tidak sedar bahawa terdapat kemalangan membabitkan beberapa kenderaan lain di hadapan.

Namun begitu, masih belum dapat dipastikan status terkini mangsa yang terlibat.

Setakat berita ini ditulis, masih belum ada kenyatan media yang dikeluarkan pihak berkuasa.

WhatsApp Image 2023-08-14 at 14.09.58

Kecuaian pemandu lori itu telah mengakibatkan kecederaan kepada pemandu kenderaan yang lain.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata meluahkan kemarahan mereka terhadap kecuaian pemandu lori yang didakwa tidak fokus pada pemanduannya.

"Langsung tak mahu break, nak juga memotong padahal lori depan dah nampak lampu break dan lampu kecemasan," kata Ibrahim.

"Nak mengelak ke nak memotong tu? Tengok macam nak memotong sebab ambil kanan. Kalau nak elak ambil kirilah. Kalau memotong memang gilalah macam itu, kasihan pada orang lain," tulis Zaidi Whitesand.

"Ni driver haram jadah, kenderaan depan dah mula break dan bagi signal kecemasan, elok kau je mampus bantai belakang treler," kata Rizal Ramlan.Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram