MB Sanusi umum bantuan khas RM400 buat kakitangan awam Kedah


  • Primer
  • Rabu, 23 Ogos 2023

Muhammad Sanusi mengumumkan bantuan sebanyak RM400 buat kakitangan awam di Kedah bermula 14 September ini. — Bernama

KERAJAAN negeri Kedah pada Rabu memutuskan untuk memberi bantuan khas RM400 kepada kakitangan awam negeri itu yang akan dibayar pada 14 September ini.

Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, sejumlah 5,600 kakitangan awam kerajaan negeri akan menerima manfaat itu melibatkan peruntukan kira-kira RM2.08 juta.

"Ada keputusan besar juga diputuskan sebentar tadi iaitu pemberian bantuan khas kepada kakitangan awam kerajaan negeri.

"(Jadi) kita beri kakitangan awam kerajaan negeri RM400," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco pertama penggal ini di Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah.

Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata, pelantikan 10 Exco Kedah baharu yang terdiri daripada pelbagai latar belakang sangat membantu beliau dalam meneruskan agenda pembangunan serta pentadbiran negeri. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram