[VIDEO] Dua wanita cedera, alami detik cemas kenderaan 4X4 terjunam dalam gaung di Bintulu


  • 112
  • Ahad, 20 Ogos 2023

Sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki dua orang wanita terjunam ke dalam gaung di Jalan Samarakan, Bintulu, Sarawak pada Ahad.

DUA wanita mengalami detik-detik cemas selepas kenderaan jenis pacuan empat roda (4X4) yang dinaiki mereka terjunam ke dalam gaung di Jalan Samarakan, Bintulu, Sarawak pada Ahad.

Kedua-dua mangsa bagaimanapun bernasib baik tidak mengalami kecederaan parah akibat kejadian itu.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, sepasukan anggota Pasukan Keluaran Operasi (PKO) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat sejurus menerima panggilan berhubung insiden berkenaan pada pukul 8.37 pagi.

Tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati berlakunya kemalangan melibatkan sebuah 4X4 yang terjatuh ke dalam gaung.

"Kedua-dua mangsa bagaimanapun telah dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke Hospital Bintulu dengan menggunakan kenderaan syarikat sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian," ujarnya.

WhatsApp Image 2023-08-20 at 20.23.46

Anggota PKO Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu membantu mangsa yang terjatuh ke dalam gaung Jalan Samarakan pada Ahad.

Pasukan bomba kemudiannya bertindak membuat pemantauan bagi memastikan tiada mangsa lain di lokasi sebelum bertolak pulang ke balai. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram