Belum sempat tiba di kuil, bas ‘terjun’ gaung ragut nyawa 2 penumpang


  • Benua
  • Ahad, 19 Feb 2023

Keadaan bas selepas terjunam ke dalam gaung yang mengakibatkan dua penumpang meninggal dunia dan 19 tercedera.

SERAMAI 21 penumpang berdepan detik cemas apabila bas yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu menjunam ke dalam sebuah gaung di daerah Reasi, Jammu, India.

Kemalangan yang berlaku pada pukul 12.30 tengah hari (waktu tempatan) pada Sabtu difahamkan berpunca akibat kegagalan pemandu mengawal kenderaan di laluan selekoh.

Menurut jurucakap polis, kesemua penumpang sedang dalam perjalanan menuju ke kuil Shiv Khori untuk menyambut perayaan Maha Shivratri.

Maha Shivratri merupakan perayaan bagi menyambut perkahwinan antara dewa Shiva dan Parvati.

“Disebabkan kemalangan itu, dua orang meninggal dunia manakala 19 lagi cedera.

“Kesemua mangsa dikejarkan ke pusat perubatan berhampiran bagi mendapatkan rawatan segera,” jelasnya.

Operasi menyelemat dilancarkan serta-merta dan penumpang yang tercedera dibawa ke Hospital Kolej Perubatan Jammu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram