[VIDEO] 'Abah' Muhyiddin bebas 4 tuduhan salah guna kuasa babit suapan RM232.5 juta


  • Prosiding
  • Selasa, 15 Ogos 2023

Muhyiddin Yassin dibebaskan daripada empat pertuduhan rasuah dihadapinya oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa.

PRESIDEN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berjaya membatalkan empat tuduhan salah guna kuasa melibatkan suapan berjumlah RM232.5 juta di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa.

Keputusan itu sekali gus membebaskan bekas Perdana Menteri itu dilepas dan dibebaskan daripada keempat-empat pertuduhan yang dihadapinya.

Pada 18 April lalu, Muhyiddin memfailkan notis usul untuk membatalkan tuduhan itu dengan menamakan pendakwa raya sebagai responden.

Beliau turut memohon supaya dilepas dan dibebaskan daripada keempat-empat pertuduhan yang dikenakan terhadapnya pada 10 Mac lalu selain berhasrat agar prosiding di Mahkamah Sesyen ditangguhkan.

Melalui afidavit sokongan difailkan bersama notis usul itu, Muhyiddin mendakwa empat tuduhan adalah cacat dan tidak sah di sisi undang-undang kerana bercanggah Seksyen 152 Kanun Acara Jenayah berikutan tiada mana-mana satu pun mendedahkan kesalahan di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pada 10 Mac lalu, Muhyiddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta dan dua pengubahan wang haram sebanyak RM195 juta, antara tahun 2020 hingga 2022 lalu.

Ekoran kes ini, Muhyiddin menjadi bekas Perdana Menteri kedua selepas Datuk Seri Najib Tun Razak, dituduh atas pertuduhan mengikut peruntukan seksyen sama di mahkamah itu.

Pada 13 Mac lalu, Muhyiddin didakwa atas pertuduhan ketujuh di Mahkamah Sesyen Shah Alam, selaku Presiden Bersatu menerima hasil daripada aktiviti haram iaitu wang RM5 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun AmBank, milik parti itu. — Majoriti

MENYUSUL....

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram