GABUNGAN Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) gagal menepati ramalan untuk mengekalkan majoriti dua pertiga (2/3) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.
Untuk mencapai keputusan itu, PH perlu mendapatkan 41 kerusi daripada 56 namun, setakat pukul 11.50 malam Sabtu, PH-BN memperoleh 29 kerusi manakala PN dengan 16 kerusi.
Calon PH, kerusi Parlimen Gombak, Amirudin Shari memperoleh majoriti undi terbesar apabila meraih 19,521 undi dalam PRN Selangor di DUN Sungai Tua.
Amirudin mengekalkan penguasaan selama empat penggal di Selangor. — Awani
Kemenangan besar itu membuatkan dua pesaing rapatnya, Muhammad Hanif Jamaluddin daripada Perikatan Nasional (PN) dan Suman Gopal (Bebas), masing-masing kecundang selepas masing-masing memperoleh undi sebanyak 14,493 dan 430.
Selain itu, keputusan lain yang menarik perhatian adalah kemenangan diraih calon PH, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Altimet yang berjaya menduduki kerusi Lembah Jaya dengan majoriti besar 6,678 selepas mendapat undian sebanyak 26,298 menewaskan pesaingnya, Sharifah Haslizah Syed Ariffin calon PN.
Di DUN Batu Tiga pula bekas menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Rina Harun gagal untuk merampas DUN Batu Tiga apabila sekadar memperoleh 25,682 undi dan tewas di tangan calon gabungan PH-BN, Danial Al-Rashid yang meraih sebanyak 29,064 sekali gus menewaskan calon MUDA, Saiyidah Izzati Nur Razak Maideen (1,908).
Sementara itu, kerusi DUN Hulu Kelang menyaksikan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali menang dengan majoriti 1,617 undi untuk menumbangkan lawannya dari PH, Juwairiya Zulkifli dengan undian 25,597 berbanding pencabarnya yang meraih 23,980 undi.
DUN Hulu Kelang menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon PN dan PH itu dengan jumlah pengundi sebanyak 71,702.
Untuk rekod, kerusi Hulu Kelang sebelum ini disandang oleh Shaari Shungib (PKR) yang menang dengan majoriti besar 15,349 menewaskan dua lawannya, Ismail Ahmad (BN) dan Farhan@Kamalulhysham (PAS). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram