Altimet artis kedua bergelar YB


  • Politik
  • Sabtu, 12 Ogos 2023

Altimet menceburi bidang politik selepas dilantik sebagai calon di DUN Lembah Jaya.

PENDATANG baharu politik, Altimet atau nama sebenarnya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman mencipta sejarah tersendiri selepas mencatatkan kemenangan di DUN Lembah Jaya.

Bertanding atas tiket parti Pakatan Harapan (PH), Altimet memenangi kerusi Lembah Jaya dengan 26,298 undian meninggalkan pesaingnya, Sharifah Haslizah Syed Ariffin calon Perikatan Nasional (PN).

Sharifah Haslizah Syed Ariffin (PN) memperoleh 19,620 undi yang menyaksikan Ketua Penerangan PAS Ampang itu tewas dengan majoriti 6,678 undi.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan Altimet muncul selaku selebriti kedua yang bergelar wakil rakyat selepas Dira Abu Zahar.

Altimet ketika ditemui media dilaporkan mengakui teruja untuk memulakan tugas sebagai wakil rakyat.

Beliau juga mahukan penduduk di Lembah Jaya memanggilnya dengan nama Ahmad, berbanding nama pentasnya.

Pelakon Dira atau Datuk Khaidhirah Abu Zahar sebelum ini berjaya menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim pada 2021.

Untuk rekod, Dira pada ketika itu meluahkan hasratnya untuk mengikut jejak langkah bapanya yang juga merupakan bekas Ketua Menteri Melaka kelapan, Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Ithnin. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram