[VIDEO] Malang tak berbau, wanita meronta rambut kena 'telan' mesin urut di stesen kereta api


  • Benua
  • Khamis, 10 Ogos 2023

Tangkap layar seorang wanita meronta kesakitan akibat rambutnya tersangkut pada sebuah mesin urut di Stesen Kereta Api Chongqing.

SEORANG wanita berdepan detik cemas apabila rambutnya tersangkut pada sebuah mesin urut automatik di Stesen Kereta Api Chongqing di Chong Qing, China pada Selasa.

Kejadian itu dilaporkan berlaku apabila individu berkenaan sedang berehat di kerusi terbabit sebelum mesin berkenaan secara tiba-tiba berhenti dan tidak berfungsi sebaiknya.

Gagal melepaskan diri, wanita itu kemudiannya meronta dan meminta pertolongan orang ramai di lokasi terbabit.

Tersentak dengan insiden tersebut, beberapa individu tampil membantu dengan cuba mematikan suis mesin berkenaan.

Namun, sebaik berjaya mematikan suis, rambut individu terbabit masih lagi tersekat meskipun cuba dikeluarkan orang ramai.

Beberapa pihak menggesa agar rambutnya dipotong namun, mereka masih berusaha untuk menyelamatkan wanita itu dengan cara yang paling selamat.

Menurut pengurusan balai di Stesen Kereta Api Chongqing, mesin terbabit gagal berfungsi dengan baik dan pihaknya mengambil keputusan untuk menghentikan semua operasi kerusi urut di stesen kereta api berkenaan.

Kejadian itu bagaimanapun berakhir dengan selamat dengan individu tersebut berjaya diselamatkan dan telah pun menerima rawatan di pusat perubatan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram