SEORANG kanak-kanak berusia tujuh tahun disyaki menjadi mangsa dera dua orang wanita dipercayai penjaga kepada budak malang tersebut.
Kejadian itu dibongkar penduduk sekitar yang berada di kawasan perumahan Bandar Layangkasa, Pasir Gudang, Johor baru-baru ini.
Difahamkan, ibu kanak-kanak berkenaan adalah ibu tunggal berusia 27 tahun, manakala seorang lagi wanita ialah temannya yang berperwatakan seperti lelaki atau 'tomboy' berusia 30 tahun.
Insiden itu turut dirakam oleh penduduk setempat yang merakam situasi semasa dengan budak itu berada dalam keadaan ketakutan dan menangis teresak-esak.
"Mana anak kau? Bawa keluar anak kau sekarang. Kau buat apa dengan anak kau ni?
"Astaghfirullahalazim... Kau ada otak ke tak ada otak? Ini kes dera bodoh," kata salah seorang jiran.
Bagaimanapun, lelaki dan wanita berkenaan juga dilihat menangis teresak-esak apabila jiran-jiran mula menyelak bahagian belakang baju budak lelaki itu untuk melihat bukti penderaan.
Lebih mendatangkan kemarahan penduduk, mereka mendapati belakang badan kanak-kanak tersebut mengalami luka yang teruk dipercayai akibat didera.
Daripada kesan luka itu ada kemungkinan budak malang itu didera dengan kesan cucuhan api rokok atau seterika panas.
Situasi itu mendatangkan kemarahan jiran sekeliling yang difahamkan segera bertindak melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, mengesahkan pihaknya menerima laporan dibuat orang awam malam Khamis.
Katanya, ibu kandung dan teman perempuannya ditahan manakala mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk rawatan lanjut.
Difahamkan, ibu kanak-kanak berkenaan adalah ibu tunggal berusia 27 tahun, manakala seorang lagi wanita ialah temannya yang berperwatakan seperti lelaki atau 'tomboy' berusia 30 tahun.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram