[VIDEO] Rayuan sayu rungkai kisah budak lelaki didera ibu, penjaga positif dadah di Ipoh


  • 112
  • Khamis, 03 Ogos 2023

Kanak-kanak yang ditinggalkan bersendirian dan dipenuhi kesan luka seluruh badan diselamatkan polis selepas menerima laporan daripada orang awam pada Rabu. — Facebook

RAYUAN sayu seorang kanak-kanak berusia empat tahun di sebalik jeriji berkunci rumahnya untuk meminta makanan dari orang ramai, membongkar kisah beliau menjadi mangsa dera ibu dan teman lelaki wanita itu.

Budak lelaki yang ditinggalkan bersendirian dan dipenuhi kesan luka seluruh badan itu kemudiannya diselamatkan polis, selepas menerima laporan daripada orang awam pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Kommisioner, Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan 4.30 petang Rabu, memaklumkan mengenai seorang kanak-kanak yang tinggal di sebuah rumah pangsapuri di kawasan Menglembu, disyaki didera penjaganya.

"Mangsa ditemukan oleh saksi orang awam dalam keadaan kelaparan dan terdapat kesan kecederaan di seluruh badan. Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya dalam satu pada Khamis.

Sehubungan itu Yahaya berkata, polis menahan seorang lelaki dan wanita berusia 25 dan 23 tahun di rumah yang sama, kira-kira 3 petang hari yang sama.

Yahaya berkata, polis turut merampas paip getah dan rotan yang digunakan oleh suspek untuk memukul mangsa.

"Lelaki yang merupakan pengutip kotak dan wanita yang bekerja sebagai tukang cuci itu, suspek direman selama lima bermula hari ini (Khamis) hingga 7 Ogos untuk siasatan lanjut.

"Mangsa ditahan wad di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk rawatan dan pemerhatian,” katanya yang juga memaklumkan suspek lelaki didapati positif dadah methamphetamine.

Yahaya berkata polis sedang melengkapkan siasatan kes dan akan merujuk kertas siasatan kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram