Amirudin Shari menang selesa, kekal di Sungai Tua kali keempat


  • Politik
  • Sabtu, 12 Ogos 2023

Amirudin Shari berjaya mengekalkan kemenangan di DUN Sungai Tua buat kali keempat.

KEPUTUSAN rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bagi DUN Sungai Tua menyaksikan penyandang kawasan itu, Datuk Seri Amirudin Shari berjaya mengekalkan kedudukannya.

Beliau yang juga calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Gombak, memperoleh majoriti undi terbesar apabila meraih 19,521 undi.

Kemenangan besar itu membuatkan dua pesaing rapatnya daripada Perikatan Nasional (PN), Muhammad Hanif Jamaluddin dan Suman Gopal yang bertanding atas tiket Bebas ketinggalan selepas masing-masing hanya mencatatkan perolehan undian sebanyak 14,320 dan 429.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan Amirudin Shari meneruskan penguasaan selama empat penggal di Selangor.

Untuk rekod, PRN kali ini membabitkan 36 kerusi DUN di Kedah, Kelantan (45), Terengganu (32), Pulau Pinang (40), Selangor (56) serta 36 DUN di Negeri Sembilan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram