Sekatan jalan raya untuk pastikan ketenteraman orang awam — IGP


  • 112
  • Sabtu, 12 Ogos 2023

PDRM akan melaksanakan sekatan jalan raya di seluruh negara selepas 12 tengah malam Sabtu.

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan sekatan jalan raya di seluruh negara selepas 12 tengah malam ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, sekatan itu dibuat bertujuan memastikan ketenteraman dan keselamatan orang awam terjaga.

"Pihak kita telah bersiap siaga 12 tengah malam nanti, (untuk) mengadakan sekatan jalan raya di seluruh negara.

"Sekatan jalan raya adalah amalan biasa setiap bulan yang dilaksanakan PDRM dan orang ramai tidak perlu panik.

"Orang ramai diminta tidak mengaitkan sekatan jalan raya berkenaan dengan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada malam ini (Sabtu)," katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, Kuala Lumpur pada malam Sabtu. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram