LHDN: Semak status sekatan perjalanan sebelum ke luar negara


  • Primer
  • Isnin, 17 Apr 2023

LHDN sentiasa terbuka untuk membantu pembayar cukai dan komited untuk menjadi pemudah cara perkhidmatan percukaian.

SEMUA pembayar cukai diminta menyemak status tunggakan cukai dan sekatan perjalanan masing-masing terlebih dahulu sebelum membuat perancangan untuk ke luar negara sempena dengan cuti panjang Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, sekatan perjalanan merupakan tindakan terakhir yang boleh dikenakan sekiranya pembayar cukai masih lagi gagal membuat bayaran terhadap baki yang tertunggak (individu dan syarikat) selepas pelbagai notis dan amaran diberikan.

"Untuk tindakan awal, pembayar cukai boleh menyemak status tunggakan cukai mereka melalui portal MyTax portal di laman web https://mytax.hasil.gov.my.

“Manakala semakan sekatan perjalanan boleh dibuat di laman web Jabatan Imigresen Malaysia di https://sspi.imi.gov.my/sspi/,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, LHDN sentiasa terbuka untuk membantu pembayar cukai dan komited untuk menjadi pemudah cara perkhidmatan percukaian menerusi tiga pendekatan utama iaitu awareness, education dan services (AES).

"Sehubungan itu, pembayar cukai adalah dinasihatkan untuk tampil ke pejabat LHDN untuk berbincang dan membuat rundingan bagi mencari jalan penyelesaian terbaik.

Sekiranya pembayar cukai mempunyai tunggakan cukai dan dikenakan sekatan perjalanan, mereka boleh membuat rundingan bayaran secara ansuran.

Pembayaran melalui dalam talian boleh dibuat di https://byrhasil.hasil.gov.my/.

Pembayar cukai juga boleh membuat pembayaran melalui mesin deposit di mana-mana cawangan LHDN atau bank terdekat.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000, Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDN di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/public. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram