BEKAS Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said gagal membuat 'come back' dalam politik apabila tidak berjaya mencipta kejutan untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri DUN Kijal.
Keputusan itu menyaksikan DUN Kijal yang pernah disandangnya selama sembilan penggal dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu.
Beliau yang mewakili Barisan Nasional (BN), kalah kepada calon Perikatan Nasional (PN) Senator Datuk Razali Idris, yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Terengganu, dengan majoriti 3,758 undi.
Razali memperoleh 13,403 undi manakala Ahmad, yang menyandang kerusi itu sejak 1990, mendapat 9,645 undi.
Ahmad Said yang merupakan pengerusi Barisan Nasional Terengganu itu telah sembilan penggal menyandang kerusi DUN Kijal sejak 1990.
Sebelum ini, Ahmad Said tewas dalam pertembungan empat penjuru di Parlimen Kemaman pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram