Jangkaan tumbang meleset, PAS kekal bentuk kerajaan lebih kukuh di Kelantan


  • Politik
  • Sabtu, 12 Ogos 2023

PAS berjaya membentuk kerajaan negeri di Kelantan dalam PRN pada Sabtu.

PAS berjaya membentuk kerajaan yang lebih kukuh di negeri Kelantan apabila memperolehi majoriti melebihi 50 peratus dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh memaklumkan gabungan itu telah memenangi 43 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan di Kelantan dengan PAS menang di 38 daripada 39 kawasan yang ditandingi.

"Dengan ini (PAS) berjaya memperoleh satu majoriti melebihi lima puluh peratus daripada jumlah kerusi dipertandingkan (di Terengganu dan Kelantan),” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPR, Putrajaya pada Sabtu.

Abdul Hadi membuang undi di Sekolah Kebangsaan Rusila, Marang, Kelantan pada Sabtu.

Antara nama besar calon PAS yang menang ialah Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob apabila mempertahankan kerusi DUN Pasir Pekan, yang disandang beliau sejak Pilihan Raya Umum (PRU) kesembilan.

Beliau menang dengan majoriti 12,811 undi selepas mendapat 18,783 undi mengalahkan calon Pakatan Harapan Mohamad Zamakh Sari Ibrahim yang memperoleh 5,972 undi.

Turut mengekalkan kemenangan ialah Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, penyandang di DUN Pachor sejak PRU11, dengan majoriti 10,686 undi selepas meraih 18,700 undi mengalahkan Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Kelantan, Syed Mohd Alidustur Syed Mohd Zain yang hanya mendapat 8,014 undi.

BN, yang meletakkan calon di 31 DUN pada PRN kali ini, hanya menang di kerusi DUN Galas menerusi penyandangnya Mohd Syahbuddin Hashim manakala Pakatan Harapan, yang bertanding di 14 kawasan, juga menang di satu kerusi iaitu DUN Kota Lama.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), PAS menang 37 daripada 45 kerusi DUN Kelantan manakala memenangi 22 daripada 32 kerusi DUN Terengganu.

Tarikh 12 Ogos merupakan hari pengundian bagi PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah, serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram