Mohamed Fadzli kekal pegang DUN Temangan, ada 'chance' jadi MB Kelantan?


  • Politik
  • Sabtu, 12 Ogos 2023

Keputusan rasmi PRN Kelantan menyaksikan penyandang kawasan itu, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berjaya mempertahankan kerusi DUN Temangan. 

KEPUTUSAN rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan menyaksikan penyandang kawasan itu, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Temangan.

Beliau yang juga calon Perikatan Nasional (PN-PAS) menang dengan majoriti 7,479 selepas memperoleh 11,446 undi menewaskan calon daripada Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN), Abdul Kadir Othman dan calon Bebas, Fauzi Seman.

Abdul Kadir dan Fauzi ketinggalan selepas masing-masing hanya mencatatkan perolehan undian sebanyak 3,967 dan 212 secara keseluruhannya.

Kerusi DUN Temangan adalah satu daripada 245 kerusi yang dipertandingkan pada PRN di enam negeri kali ini.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan Mohamed Fadzli bakal meneruskan penguasaan selama empat penggal di DUN berkenaan.

Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan. 

Mohamed Fadzli adalah antara nama yang disebut-sebut bakal menjadi menteri besar di Kelantan.

Fadzli menjadi antara nama yang disebut-sebut bakal menggantikan Datuk Ahmad Yakob sebagai menteri besar di Kelantan.

Selain Fadzli, seorang lain calon MB bagi Kelantan ialah Datuk Mohd Nassuruddin Daud yang menang di kerusi DUN Meranti menewaskan lawannya daripada PH-BN, Zahri Omar dengan majoriti 9,154.

Mohamed Fadzli adalah calon daripada golongan teknokrat, manakala Mohd Nassuruddin adalah calon daripada golongan agamawan.

Untuk rekod, isu calon menteri besar di negeri itu sebelum ini menjadi antara topik hangat yang menjadi perbualan rakyat sepanjang tempoh berkempen.

Ia susulan Datuk Ahmad Yakob yang juga calon PAS di kawasan DUN Pasir Pekan memaklumkan tidak berhasrat untuk menjadi Menteri Besar Kelantan selepas ini.

Perkara itu kemudian disahkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada Sabtu.

Ujarnya, Ahmad sebelum ini menyuarakan hasrat tidak mahu bertanding namun Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berasakan beliau perlu ada untuk memimpin parti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram