[VIDEO] Kalau menantu Muhyiddin tak salah, kenapa perlu lari? — PM


  • Primer
  • Rabu, 09 Ogos 2023

SPRM dilaporkan sedang mengesan dua lelaki tempatan termasuk menantu Muhyiddin bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.

TIADA sebab untuk seseorang melarikan diri daripada siasatan, jika yakin dia tidak bersalah, tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sedang mengesan dua individu, termasuk menantu kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

LIPIS, 17 Jan -- Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyampaikan ucapan ketika menghadiri Majlis Ceramah Perdana dalam satu program di Sungai Koyan 1, hari ini.Program itu merupakan salah satu acara dalam tempoh berkempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P.078 Cameron Highland yang akan berlangsung pada 26 Januari ini.--fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

Anwar menegaskan tiada sebab untuk seseorang melarikan diri daripada siasatan jika tidak bersalah.

Malah ujarnya, gabungan parti itu dilihat sudah tidak lagi sesuai menggunakan slogan ‘pentadbiran bersih’ susulan terlalu banyak kes rasuah yang melibatkan pemimpin dan individu di sekeliling mereka.

“(Slogan) bersih itu dah tak ada, sebab hari ini kenyataan SPRM bahawa menantu calon PM (Muhyiddin) dah lari, mana boleh.

"Kalau ada bukti, siasat, dia (SPRM) dakwa, kalau rasa tak salah pertahanlah (diri). Lari bukan contoh yang baik.

“Jadi kamu (PN) kena jaga hal ini. Kerana jumlah (wang) yang dikaitkan dengan rasuah itu banyak.

"Jadi soal (guna slogan pentadbiran) bersih itu, PAS, Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dan PN tak boleh guna kerana terlalu terpalit dengan rasuah,” katanya kepada pemberita selepas beramah mesra dengan penduduk di Perda, Nibong Tebal, Pulau Pinang pada Selasa.

Pada Isnin, SPRM dilaporkan sedang mengesan dua lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.

Agensi itu menerusi satu kenyataan memaklumkan, pihaknya berusaha menghubungi dua lelaki tersebut yang juga seorang ahli perniagaan dan peguam, secara terus dan menerusi peguam masing-masing.

Namun cubaan itu gagal apabila kedua-duanya enggan tampil memberi kerjasama.

Semakan rekod oleh SPRM juga mendapati kedua-dua individu terbabit sudah meninggalkan Malaysia, masing-masing pada 17 Mei dan 21 Mei lalu.

Difahamkan, individu pertama, Muhammad Adlan Berhan, 48, merupakan menantu kepada Muhyiddin, manakala individu kedua, Mansoor Saat, 69, adalah seorang peguam. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram