[VIDEO] Lori terbalik, kelapa sawit bertaburan di PLUS laluan Alor Pongsu-Bukit Merah


  • Tular
  • Selasa, 08 Ogos 2023

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri secara kebetulan berada di lokasi kejadian sedang meninjau keadaan pemandu lori terbabit.

SEBUAH lori yang membawa muatan buah kelapa sawit dilaporkan terbalik di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dari Alor Pongsu menghala ke Bukit Merah pada Selasa.

PLUS menerusi ciapan di Twitter memaklumkan, insiden itu menyebabkan trafik mengalami kesesakan sejauh empat kilometer.

"Kemalangan berlaku di Kilometer 183 arah selatan itu mengakibatkan semua lorong terhalang.

"Pengguna dinasihatkan untuk keluar di Plaza Tol Alor Pongsu bagi mengelak kesesakan," ciapnya pada Selasa.

Kesesakan lalu lintas menjadi semakin teruk dipercayai akibat keadaan hujan yang melanda kawasan itu ketika ini.

Bagaimanapun, berdasarkan maklumat awal yang diterima, pemandu lori berkenaan dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan media yang dikeluarkan pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram