
SEBUAH lori yang membawa minyak kelapa sawit dilaporkan terbalik di Jambatan Jalan Labis, Segamat, Johor Bahru ke arah Chaah, Johor pada Sabtu.
Kejadian itu dimaklumkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bekok, Tan Chong menerusi hantaran di Facebooknya.
Menurutnya, keadaan itu mengakibatkan minyak tumpah keluar dan mengalir masuk ke dalam Sungai Labis.
Chong berkata, beliau telah berhubung dengan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, Raven Kumar Krishnasamy, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Alam Sekitar berhubung perkara itu.
Orang ramai melihat keadaan laluan kiri jalan raya yang dipenuhi minyak kelapa sawit.
“Saya meminta mereka untuk mengambil tindakan pembersihan segera supaya mengelakkan pencemaran sungai selanjutnya.
“Harap semua penduduk berhati-hati apabila melalui tempat tersebut,” katanya.
Keadaan minyak tumpah yang mengalir masuk ke dalam Sungai Labis.
Setakat berita ini ditulis, masih belum ada kenyataan lanjut yang dikeluarkan oleh pihak bomba. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram