Kes Iki Putra ibarat 'domino effect', ramai gesa pinda Perlembagaan Persekutuan jamin keabsahan enakmen syariah


  • Massa
  • Sabtu, 05 Ogos 2023

Undang-Undang Syariah Islam seolah-lah dicabar susulan dakwaan Iki Putra dalam perbicaraan kes liwatnya sebelum ini. β€” Gambar hiasan

KES Iki Putra Mubarak yang sebelum ini didakwa di Mahkamah Syariah atas kesalahan meliwat pada 21 Ogos 2019 di Bangi, Selangor kian menjadi topik hangat kebelakangan ini.

Ia susulan tindakan individu terbabit yang mempertikaikan peruntukan Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 dengan mendakwa negeri atau Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa untuk menggubal dan membicarakan kes jenayah liwat.

Seolah-olah mencabar dasar undang-undang ditetapkan, tindakan individu terbabit sekali gus akan menyebabkan beberapa kesalahan melibatkan kesucian agama Islam di bawah seksyen 5 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 Kelantan, bakal digubal.

Menyifatkan ia sebagai satu tindakan yang boleh menjatuhkan satu persatu undang-undang syariah peringkat negeri, menteri agama, persatuan serta individu bergelar pempengaruh digesa menjalankan satu gerakan berhubung isu tersebut.

Perkara itu diluahkan menerusi ciapan di Twitter @Haziqmahmur90an yang menggesa semua pihak terlibat untuk bangkit menyuarakan pendapat berkenaan hal itu.

"Pempengaruh tahu tak mahkamah syariah kita sedang dicabar melalui kes Iki Putra.

"Wallalahi ini bukan isu politik kepartian Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) ataupun Perikatan Nasional (PN). Kesannya melibatkan aqidah," ciapnya.

hhdhd

Ciapan dibuat @Haziqmahmur90an di laman Twitter peribadinya.

Dalam pada itu, Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri turut mengulas lanjut berkaitan hal tersebut.

Beliau berpendapat bahawa, undang-undang syariah di negara ini seolah-olah boleh disepak terajang dan dinyahkan walaupun hanya dengan mahkamah majistret atau mahkamah rendah sivil.

Ini katanya, apabila kekeliruan bertembung antara mahkamah syariah dan mahkamah sivil, ia sentiasa berpihak kepada mahkamah sivil dan itulah harga yang terpaksa dibayar oleh masyarakat.

"Saya pasti semua umat Islam faham apabila 20 kesalahan syariah ini diputuskan tidak berperlembagaan, apa implikasinya kepada negeri-negeri lain.

"Perjalanan memperkasa undang-undang syariah ini bukan kerja sehari dua. Saya sedia maklum dan yakin, mana-mana menteri yang terlibat sama ada sebelum atau selepas saya, memberikan komitmen sepenuhnya untuk perjuangan ini.

β€œIni masanya untuk kita bersatu kerana ia sudah menyentuh kuasa Sultan dan Raja-Raja Melayu selaku Ketua Agama Islam, begitu juga autoriti Mahkamah Syariah," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Turut berkongsi info grafik dan garis masa kes melibatkan Iki Putra dan pertikaian dibuat sebelum ini, Zulkifli enggan pihak lain menganggap tindakannya sebagai salah satu usaha bermotifkan politik semata-mata.

infoo

Infografik dikongsikan Zulkifli di laman Twitter.

Beliau dalam pada masa sama turut mengharapkan agar isu memperkasakan mahkamah syariah dan penggubalan undang-undang, tidak menjadi makin lemah dan mati di tengah jalan.

"Kes Iki Putra ibarat domino effect yang boleh menjatuhkan satu persatu undang-undang syariah di peringkat negeri. Kes yang berlaku di Kelantan pada tahun lalu, mengambil fakta kes Iki Putra dan akan mencabar 20 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 Kelantan.

"Satu-satunya jalan yang ada ialah pindaan Perlembagaan Persekutuan sebagaimana yang telah disarankan oleh 200 peguam termasuk peguam bela, peguam cara dan peguam syarie yang menandatangani petisyen bagi mendesak pindaan Perlembagaan Persekutuan susulan kes Iki Putra," tegas Zulkifli.

Untuk rekod, kes Iki Putra akan dibicarakan di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya pada 17 Ogos ini bagi mencabar kesahihan enakmen jenayah syariah. β€” Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram