[VIDEO] 'Setiap malam saya teringat...,' Baddrol Bakhtiar imbau 'penangan' mulut masin arwah mak


  • Politik
  • Sabtu, 05 Ogos 2023

Baddrol akan bertanding di DUN Gurun atas tiket Perikatan Nasional.

BENARLAH kata orang mulut emak memang 'masin'. Setiap kata-kata yang diucapkan oleh seorang ibu boleh menjadi doa buat anak-anaknya biarpun ia terluah tanpa niat.

Begitulah perumpamaan yang sesuai dengan situasi calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun, Baddrol Bakhtiar ketika ini.

Meskipun keputusannya untuk terjun ke gelanggang politk menjadi pertikaian banyak pihak, namun dia dilihat masih kekal tenang dalam menghadapi ujian tersebut.

Apatah lagi, bekas tonggak tengah Sabah FC itu mendedahkan bahawa arwah ibunya sendiri sebelum ini pernah membayangkan Baddrol akan menjadi ahli politik suatu hari nanti.

Berkongsi mengenai perkara tersebut, calon kontroversi itu berkata, hampir setiap malam kata-kata ibunya itu akan terngiang-ngiang di fikirannya.

"Saya teringat, arwah mak saya cakap, masa itu kami adik-beradik (ada) di rumah. Mak kata bangcik, mak rasa satu hari nanti (kamu) akan masuk politik.

"Sampai sekarang saya rasa, betullah yang kata mulut (doa) seorang ibu ini (masin). Sampai sekarang setiap malam saya akan teringat kata-kata itu," luahnya ketika menjadi tetamu undangan dalam program Podcast Suara Kedah baru-baru ini.

Sementara itu, mengulas mengenai perancangan sekiranya dia diangkat sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut, Baddrol berkata, dia berhasrat untuk mengembangkan bakat anak-anak muda di negeri Jelapang Padi itu.

Malah, fokusnya tidak hanya tertumpu kepada kepada satu kaum sahaja, sebaliknya meliputi semua yang ada di negeri berkenaan.

WhatsApp Image 2023-08-05 at 16.31.20

Warganet menyifatkan Baddrol adalah seorang yang tidak berani membawa perubahan di Gurun. — Facebook

"Saya mesej dengan MB (Menteri Besar) kita, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. Dalam duk mesej sambil melawak tu, (saya terfikir) nak sertai politik.

"Dia (Sanusi) pun macam terkejutlah. Dia kata okay sangat, boleh ketengahkan anak-anak muda di Kedah ni, kembangkan lagi bakat depa ni.

"Jangan kira Melayu saja, kita bawa naik India, Cina, Siam pun. Saya pun macam (fikir) okay juga. Balik ni kita jumpa, nanti cuti beritahu. Masa tu duduk di Sabah.

"Lepas dah ada cuti, saya balik jumpa MB kita, dia sembang perancangannya macam mana semua, saya pun tertarik," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram