CALON Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun, Baddrol Bakhtiar mencuri tumpuan banyak pihak susulan responnya berhubung manifesto baru-baru ini dianggap kurang bijak.
Ketika ditanya soal manifesto yang bakal disajikan olehnya buat penduduk di Gurun, Kuala Muda, bekas tonggak tengah Sabah FC itu menepis pertanyaan mengenai manifesto dengan meminta orang ramai untuk mengundinya terlebih dahulu sebelum boleh memaklumkan visinya di kawasan tersebut.
Bagaimanapun, tindakan itu dilihat memakan dirinya sendiri apabila semakin banyak pihak yang menyifatkan bukan sahaja tidak mempunyai prinsip, malah dia tidak menunjukkan watak pemimpin yang berpotensi di DUN Gurun.
Meskipun dikecam, bekas ketua pasukan Kedah itu kekal tampil mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa tindakannya itu adalah untuk mengelak dirinya daripada menabur janji-janji manis kepada penduduk di Gurun.
"Kalau kita cakap pasal manifesto sekali pun, kita rungkai satu persatu, tetapi saya ini jenis tak banyak cakap. Kalau saya cakap banyak pun, manifesto tu saya tak buat. Orang akan cakap (saya ini) cakap bagi harapan, janji sana sini, tapi tak buat.
"Calon sebelum ini pun, dia bentang semua manifesto tapi apa pun tak buat. Saya tak mahulah benda itu jadi pada diri saya," katanya dalam satu klip ketika Baddrol berkempen sempena PRN.
Jawapan pemain yang mewakili PAS itu bagaimanapun masih lagi mendapat kecaman hebat daripada warganet dan menyifatkan Baddrol adalah seorang yang tidak berani membawa perubahan di Gurun.
Seperti yang dilontarkan oleh pengguna Twitter, Amran Fans menggesa agar Baddrol menyenaraikan manifesto untuk penduduk Gurun untuk membuktikan bahawa dia bukan sekadar 'menanam tebu di tepi bibir'.
"Membelit bodo*- bodo* macam ini pun boleh kata terbaik, penjelasan yang mantap bla bla bla. Wei, manifesto ini orang buat untuk janji apa benda yang kita akan buat kalau menang. Sekali lagi ulang ni, apa benda yang kita buat kalau menang.
"Kalau dah orang yang lepas-lepas buat manifesto bagai nak rak tapi satu pun dia tak buat, itu tandanya dia jenis penipu. Jenis suka tabur janji tapi tak buat. Contoh macam lebai PAS. Janji itu ini untuk Kelantan, tapi lepas 33 tahun satu apa pun tak buat.
"Jadi kalau kau bukan jenis sembang kari, listkan lah apa benda yang kau betul-betul boleh buat dekat kawasan tu nanti kalau kau menang. Tapi kau tak berani letak manifesto sebab kau tahu memang kau tu tak boleh buat apa-apa perubahan pun.
"Bila tak ada manifesto, nanti kalau satu perubahan pun kau tak buat senanglah kau nak cakap, 'eh saya tak pernah janji apa-apa'. Kan?," ciapnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram