Lelaki diserang sakit jantung maut lepas rempuh tembok kuil di Tanjung Malim


  • 112
  • Sabtu, 05 Ogos 2023

Kereta dipandu lelaki terbabit terbabas selepas mengalami serangan jantung di Jalan Kampung Lambak dekat Tanjung Malim, Perak pada Sabtu.

SEORANG lelaki maut apabila kereta dipandunya terbabas selepas mengalami serangan jantung di Jalan Kampung Lambak, Tanjung Malim, Perak pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Muallim Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam pada pukul 8.40 pagi memaklumkan sebuah kereta jenis Toyota Camry merempuh tembok sebuah kuil.

WhatsApp Image 2023-08-05 at 22.43.45

Kenderaan yang dipandu mangsa merempuh tembok sebuah kuil. — Facebook/Perak Press

Beliau berkata, mangsa, Lok Ming Choy, 55, yang beralamat di Taman Kampar, Tanjung Malim disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung selepas bedah siasat dilakukan.

"Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kereta dipandu mangsa dari arah Kampung Lambak menghala ke Pekan Tanjung Malim telah hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelah kanan dan merempuh tembok kuil.

"Akibat rempuhan tersebut, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

WhatsApp Image 2023-08-05 at 22.26.07

Siasatan awal mendapati kereta dipandu mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan. — Facebook/Perak Press

Tambahnya lagi, kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram