[VIDEO] Bapa maut, anak 3 tahun alami serangan jantung lepas struktur permainan di taman tema air terpelanting ke udara


  • Benua
  • Isnin, 31 Jul 2023

Seorang lelaki maut selepas satu struktur permainan di taman tema air di Saint-Maximin-la-Sainte-Baume di wilayah Var, selatan Perancis tercabut dan terpelanting. — Agensi

SEORANG bapa maut, sementara anak perempuannya yang berusia tiga tahun cedera selepas satu struktur permainan di taman tema air tercabut selepas angin kencang melanda kawasan itu sewaktu mereka bermain.

Kejadian dilaporkan berlaku di taman tema air di Saint-Maximin-la-Sainte-Baume di wilayah Var, selatan Perancis yang terkenal dalam kalangan pelancong terutamanya pada musim panas.

Menurut sumber, mangsa berusia 35 tahun itu dilaporkan meninggal dunia selepas dimasukkan ke hospital bersama anaknya sejurus selepas kemalangan terbabit.

Menurut pihak bomba, struktur permainan jenis istana kembung bersaiz 20 meter (m) panjang itu terpelanting pada jarak kira-kira 50m di Taman Air Wonderland, Marseille, selatan Perancis dengan kedua-dua mangsa terperangkap dalam permainan berkenaan.

Anak beranak itu dipercayai terperangkap ketika dalam perjalanan di Wonderland Waterpark apabila ia diterbangkan 160 kaki (48.7m).

Sementara itu, Datuk Bandar, Alain Decanis menzahirkan rasa duka cita dengan berita tersebut dan turut mempersoalkan bagaimana taman tema air yang membawa kegembiraan seisi keluarga, berlaku sebaliknya sehingga meragut nyawa.

Beliau kini sedang menunggu laporan daripada siasatan yang dibuka oleh pendakwa raya.

Sementara itu, dilaporkan anak mangsa mengalami serangan jantung, namun tiada maklumat terperinci diberikan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram