PRN: MB Selangor tawar insentif RM1,000 buat wanita bekerjaya tampung kos anak


  • Politik
  • Rabu, 02 Ogos 2023

Amirudin Shari menawarkan insentif RM1,000 buat wanita bekerjaya di Selangor. — Gambar hiasan

MENTERI Besar Selangor, Datuk Seri Haji Amirudin Shari menawarkan insentif sebanyak RM1,000 buat wanita bekerjaya di negeri terbabit.

Tawaran itu dikhususkan buat wanita bekerja dan mempunyai anak di Selangor bagi membantu mereka menampung kos bayaran pengasuh dan penjagaan anak.

Insentif itu difahamkan merupakan sebagai salah satu daripada tawaran Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos nanti.

Menerusi ciapannya di Twitter pada Rabu, pengumuman dibuat mendapat respon positif daripada warganet di ruangan komen.

SHAHA

Ciapan Amirudin Shari di laman Twitter pada Rabu berhubung insentif di Selangor.

Sementara itu, ketika ditanya adakah dasar sedia berkenaan kemasukan pelajar ke pengajian tinggi dan diskaun bayaran balik pinjaman Selangor akan dikekalkan, beliau berkata, akan ada penambahan dan tambahan.

"Kekal dan ada tambahan InsyaALLAH," ujarnya.

Untuk rekod, Amirudin Shari kekal bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua bagi PRN 12 Ogos depan.

Perkara itu disahkan oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam Pengumuman Calon PKR di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor pada Ahad lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram