[VIDEO] Iktiraf sumbangan pahlawan, kursi Tun Dr Ismail diwujudkan di UKM — PM Anwar


  • Primer
  • Rabu, 02 Ogos 2023

Anwar Ibrahim ketika di sambutan Bulan Kebangsaan dekat Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. — Bernama

KEWUJUDAN kursi Tun Dr Ismail di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dipersetujui oleh Kerajaan Perpaduan sebagai tanda penghargaan terhadap legasi kepimpinan dan cetusan pemikiran Allahyarham yang bertunjangkan perpaduan dan integrasi kaum.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan pada Rabu berkata, usaha serta pengiktirafan itu adalah bagi memberi ruang kepada generasi muda dan penerus untuk menyemangati sumbangan pahlawan bangsa dan negarawan ulung Dr Ismail khususnya dalam aspek perpaduan dan penyatuan kaum.

"Semoga lebih banyak penyelidikan dapat diwacanakan dalam pelbagai bidang sosioekonomi, pentadbiran dan kenegaraan dengan adanya kursi ini," kata beliau.

Kerajaan pada Rabu menganjurkan Majlis Memperingati Negarawan Tun Dr Ismail Al-Haj: Tonggak Perpaduan Negara sempena sambutan Bulan Kebangsaan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Majlis yang dihadiri lebih 10,000 pengunjung itu bertujuan mendidik generasi muda mengenai sumbangan Dr Ismail dalam membangunkan negara ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram