[VIDEO] Manjung dilanda ribut, atap zink terbang rosakkan kenderaan


  • Tular
  • Jumaat, 14 Jul 2023

Tangkap layar video memaparkan kejadian ribut yang dikatakan melanda kawasan Manjung, Perak pada Jumaat.

PENDUDUK di kawasan Manjong, Perak berdepan detik cemas apabila berlaku kejadian ribut kencang pada Jumaat.

Keadaan tersebut berjaya dirakam orang awam yang berada di kawasan berkenaan dan dikongsikan di media sosial.

Menerusi video tular berdurasi 16 saat itu, kelihatan angin yang begitu kuat menyebabkan kepingan atap zink berterbangan hingga menimpa beberapa kenderaan yang diparkir di kawasan tersebut.

Namun begitu, tidak dinyatakan lokasi sebenar kejadian itu berlaku.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) pada Jumaat turut mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kuat di beberapa negeri termasuk di Perak melibatkan kawasan Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

Sementara itu, lokasi lain yang dijangka berlaku fenomena sama ialah Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat), manakala Johor (Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram