[VIDEO] Sampai berpaut atas bumbung kereta, pemandu hampir hanyut kena badai arus banjir kilat


  • Benua
  • Sabtu, 08 Jul 2023

Tangkap layar seorang wanita terperangkap di atas bumbung keretanya selepas banjir kilat melanda Zaragoza. — Agensi

HUJAN lebat dan banjir kilat di Zaragoza, Sepanyol mengakibatkan beberapa jalan raya ditenggelami air baru-baru ini.

Aliran air deras di jalan raya wilayah tersebut turut menenggelamkan sebahagian kenderaan sekali gus menyebabkan beberapa orang awam terkandas di kawasan tersebut.

Video yang tular di media sosial menunjukkan beberapa orang berpaut pada bumbung kenderaan mereka dan memanjat pokok berhampiran dalam usaha melarikan diri daripada air deras banjir.

Difahamkan, pasukan penyelamat kecemasan dihantar untuk menyelamatkan mangsa yang terkandas dan mengawal keadaan.

Agensi meteorologi negeri mengeluarkan amaran kuning dalam kejadian ribut, bagaimanapun tiada sebarang laporan mengenai kecederaan atau kehilangan nyawa dikeluarkan setakat ini.

Polis memberi amaran kepada penduduk supaya tidak melakukan perjalanan yang tidak perlu dan tidak memandu melalui kawasan banjir. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram