[VIDEO] Kerusi meja berterbangan, kapal layar ditimpa hujan ribut bikin penumpang cemas


  • Benua
  • Rabu, 28 Jun 2023

Tangkap layar insiden kekecohan berlaku di sebuah kapal layar apabila dilanda hujan ribut.

KECOH apabila sebuah kapal pelayaran Royal Caribbean di Florida, Amerika Syarikat apabila dilanda hujan ribut teruk baru-baru ini.

Difahamkan, kapal berkenaan sedang dalam perjalanan untuk meninggalkan Pelabuhan Canaveral di Brevard County, Florida sebelum didatangi ribut kencang yang melanda secara tiba-tiba.

Cuaca buruk itu mengakibatkan beberapa perabot seperti kerusi dan meja berterbangan yang sekali gus menyebabkan penumpang berlari menyelamatkan diri masing-masing.

Ketika kejadian, beberapa penumpang dilaporkan sedang berehat di tepi kolam sambil menikmati sinaran matahari.

Namun, tiada sebarang kecederan serius berlaku dalam insiden terbabit selepas cuaca buruk itu difahamkan hanya berlaku dalam tempoh singkat.

Salah seorang saksi kejadian yang juga merupakan jurugambar, Jerry Pike, menjelaskan bahawa dia berada dalam keretanya ketika serangan ribut itu melanda.

Pike menjangkakan angin ribut itu berada pada kelajuan 40 dan 50 kilometer (km) sejam ketika kejadian.

Dalam pada itu, syarikat perkapalan Royal Caribbean dalam kenyataannya berkata, tiada penumpang dilaporkan mengalami kecederaan serius dalam insiden terbabit.

"Pada Jumaat, 16 Jun, semasa pelepasan kapal Royal Caribbean dari Pelabuhan Canaveral, satu tiupan angin kencang berlaku secara tiba-tiba.

"Namun, situasi itu berlaku dalam tempoh yang singkat dan tiada kecederaan serius dialami tetamu dan anak kapal kami," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram