[VIDEO] Video lama belalai air P.Pinang 2017 kembali tular


  • Tular
  • Rabu, 14 Jun 2023

Tangkap layar video memaparkan fenomena puting beliung kecil atau belalai air yang berjaya dirakam di perairan Pulau Pinang pada 2017.

BARU-BARU ini tular video memaparkan fenomena puting beliung kecil atau belalai air yang berjaya dirakam di perairan Pulau Pinang.

Bagaimanapun, video yang tular di laman sosial dan aplikasi WhatsApp itu dipercayai bukan kejadian yang baru berlaku.

Sebaliknya, ia adalah video dirakam pengguna jalan raya yang melalui Jambatan Pulau Pinang pada 2017 sejurus selepas hujan lebat melanda beberapa kawasan di Pulau Mutiara itu termasuk Seberang Perai dan Butterworth sejak pukul 5 petang.

Untuk makluman, fenomena tersebut lebih dikenali sebagai belalai air atau juga dipanggil 'waterspout'.

Ia terjadi akibat daripada kejadian ribut petir dalam keadaan awan yang rendah.

Terdapat dua jenis belalai air yang biasa terjadi iaitu belalai air jenis tornadik dan belalai air jenis cuaca baik.

Kedua-dua jenis belalai air berkenaan memerlukan kelembapan udara dengan suhu air yang tinggi, berbanding udara sekeliling.

Kebiasaannya fenomena itu berlaku di kawasan pesisir pantai dan hanya mengambil tempoh masa yang singkat. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram