[VIDEO] 'Nak keliling dunia, tapi minta sedekah', pelancong Rusia buat muka tebal minta derma di Kuching


  • Tular
  • Khamis, 13 Jul 2023

Tangkap layar dua pengembara Rusia giat menjalankan kegiatan meminta sedekah di sebuah jalan raya dekat Kuching, Sarawak.

DUA pelancong dipercayai warga Rusia dirakam meminta derma daripada pemandu di sebuah jalan raya dekat Kuching, Sarawak pada Rabu.

Dalam satu video tular berdurasi 10 saat di TikTok, menunjukkan kedua-dua lelaki berseluar pendek itu sedang rancak mengutip hasil derma daripada pemandu di laluan tersebut.

Turut membawa nota bersamanya, perbuatan itu difahamkan bertujuan bagi membantu mereka untuk meneruskan pengembaraan di negara luar.

"Kami merupakan pengembara dari Rusia yang mengelilingi seluruh dunia tanpa wang.

"Tolong sokong pengembaraan kami, terima kasih," tulis nota tersebut.

Salah seorang pemandu di laluan berkenaan kemudiannya memberikan wang kepada pelancong terbabit.

Di ruangan komen, rata-rata warganet berkongsi pengalaman sama apabila pernah terlihat akan kedua-dua lelaki tersebut di beberapa kawasan lain sekitar Sarawak.

"Sabtu lepas saya ternampak mereka berdua di lampu isyarat dekat Bintulu, sampai Kuching sudah mereka berjalan minta sedekah," kata Hansscwh.

"Hari itu ada di Miri berhampiran lapangan terbang, macam mana boleh berjalan jauh kalau tiada duit, orang kita mudah tertipu," ujar petaithai.

"Dia yang nak melancong, cari penaja pula di negara orang, rakyat kita ini mudah sangat terpedaya dengan pelancong asing, lagi-lagi kalau yang berkulit putih," tambah Khairul Yusuf.

"Senang kerja, letak kotak atas kepala boleh dapat duit melancong keliling dunia, satu Sarawak agaknya di sudah pusing," jelas dellabela. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram