[VIDEO] Sindiket pengemis makin biadab, tunjuk jari tengah ugut minta duit daripada pemandu di KK


  • Tular
  • Rabu, 12 Jul 2023

Tangkap layar dua kanak-kanak peminta sedekah menunjukkan isyarat jari tengah kepada pemandu wanita di Kota Kinabalu, Sabah.

SEORANG wanita melalui detik cemas apabila dia didatangi dua kanak-kanak lelaki dipercayai peminta sedekah yang meminta duit secara mengejut di Kota Kinabalu, Sabah, pada Selasa.

Insiden itu dirakamkan oleh wanita terbabit yang terpaksa menunggu dalam keretanya akibat gangguan berkenaan.

Lebih mengejutkan, salah seorang kanak-kanak itu kemudiannya menunjukkan isyarat jari tengah kepadanya selepas kehadirannya tidak diendahkan oleh wanita terbabit.

Dirakamkan menerusi telefon pintar, insiden itu meraih lebih 20,000 jumlah tontonan di TikTok.

Dalam pada itu, kanak-kanak tersebut juga turut dikatakan cuba untuk membuka pintu kereta terbabit sebelum si pemandu bertindak menguncinya dari dalam.

Ruangan komen dihujani dengan kecaman daripada warganet dengan segelintir daripadanya turut berkongsi pengalaman sama.

"Sindiket pengemis di Kota Kinabalu memang semakin ramai dan saya sendiri pernah diganggu mereka, selagi tak beri duit mereka akan ikut kita, memang seram," kata Nurraina Zara.

"Mana pihak berkuasa, kenapa tiada yang ambil tindakan kerana ini bukan kes baharu, sudah lama terjadi dan semakin menakutkan penduduk," ujar Didi2671.

"Kerajaan Sabah harus mengatasi masalah ini, ancaman keselamatan kepada orang awam dan menjejaskan industri pelancongan, kalau dengan orang luar mereka buat seperti itu sudah memalukan negara kita," jelas Lician Yew.

"Dekat Sabah semakin menjadi-jadi sindiket budak-budak ini, biadab habis kereta saya dicalarkan mereka di sekitar pasar Kota Kinabalu," tambah Refetefe.

Belum ada sebarang kenyataan polis berhubung kes tersebut setakat ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta hadir ke balai berhampiran untuk membuat laporan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram