[VIDEO] Gelagat pencuri 'cover' muka pakai tudung bawal kuning sebelum pecah masuk rumah di Melaka


  • Tular
  • Rabu, 12 Jul 2023

Tangkap layar dua lelaki melakukan rompakan di sebuah kawasan kediaman dekat Melaka.

DUA lelaki dirakam melakukan rompakan di sebuah kawasan kediaman dekat Melaka pada pukul 2 pagi Selasa.

Insiden berkenaan yang dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV), jelas menunjukkan perbuatan kedua-dua individu terbabit yang kelihatan tenang ketika melakukan kegiatan tersebut.

Tidak diperhatikan sesiapa, dua pemuda berbaju hitam itu terlebih dahulu memeriksa kawasan di sekeliling sebelum memecah masuk ke rumah yang diingini.

Salah seorang daripadanya kemudiannya tampil bertopengkan kain menyerupai tudung bawal kuning, sebelum dipercayai memecah masuk rumah berkenaan.

Di ruangan komen TikTok, seorang lelaki berkongsi maklumat bahawa mangsa mengalami kerugian melebihi RM10,000 namun Majoriti masih cuba untuk mendapatkan maklumat lanjut soal tersebut.

Rata-rata warganet menggesa pihak polis segera mengambil tindakan terhadap kedua-dua lelaki berkenaan yang disifatkan terlampau terbuka dalam menjalankan aktiviti jenayah.

"Tak malu langsung buat jahat, selamba je dua lelaki itu berjalan macam tak bersalah nak merompak rumah," kata Normaali.

"Pencuri sihat badan tapi malas nak kerja, jalan senang untuk cari duit iaitu merompak, harap polis dapat tangkap segera sebab muka jelas kelihatan," ujar Mummy Pokok.

"Dia punya gaya macam nak masuk kilang bekerja je, ini kalau kantoi kurang-kurang mesti ada 10 kes lampau," jelas Bala Saras.

Namun, masih belum ada sebarang kenyataan polis berhubung isu terbabit dan orang ramai mempunyai maklumat diminta tampil ke balai berhampiran untuk membuat laporan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram