[VIDEO] Minah rempit buat aksi zig zag, superman bangga dapat berkeping-keping 'surat cinta'


  • Massa
  • Rabu, 12 Jul 2023

Tangkap layar video memaparkan sekumpulan minah rempit menunjukkan surat saman yang diterima mereka pada Rabu.

TULAR satu video di laman sosial memaparkan sekumpulan wanita menunggang motosikal di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dengan aksi yang berbahaya.

Rakaman berdurasi 50 saat yang dikongsikan pada Selasa itu menimbulkan kemarahan dalam kalangan warganet.

Ini kerana, aksi berbahaya ala-ala 'superman' dan zig-zag seperti yang ditunjukkan menerusi video tersebut boleh mendatangkan risiko kemalangan bukan hanya kepada mereka malah kepada pengguna jalan raya yang lain.

Justeru, Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Selasa menggesa agar penunggang motosikal berkenaan agar segera menyerah diri di Balai Trafik Daerah Muallim, Slim River, Perak atau mana-mana balai trafik berhampiran bagi membantu siasatan.

Sementara itu, kumpulan minah rempit tersebut difahamkan sudah pun menerima surat saman atas kesalahan masing-masing.

Perkara itu dimaklumkan menerusi laman Telegram Info Semasa Official melalui satu video yang dikongsikan pada Rabu.

Namun yang mendatangkan kemarahan netizen, mereka seolah-olah tidak menunjukkan rasa menyesal, malah berbangga dengan 'surat cinta' yang diterima oleh mereka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram