[VIDEO] Semangat 'brotherhood' kaki lumba sanggup patah balik lawan arus bantu kawan jatuh buat aksi Superman


  • Tular
  • Selasa, 20 Jun 2023

Tangkap layar video memaparkan detik sebelum salah seorang penunggang motosikal yang melakukan aksi berbahaya terjatuh selepas terlanggar pembahagi jalan di Lebuhraya PLUS pada Isnin.

LAGAK sekumpulan penunggang motosikal yang berlumba di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) sambil melakukan aksi berbahaya memakan diri apabila salah seorang daripada mereka terjatuh selepas melanggar sebuah van di lorong kanan dan penghadang jalan berkenaan.

Kejadian dirakam menerusi kamera paparan depan (dashcam) memaparkan kejadian tersebut dipercayai berlaku berhampiran Sungai Siput, Perak kira-kira pukul 6.30 petang pada Isnin.

Video berdurasi seminit itu menunjukkan sekumpulan penunggang motosikal terbabit berada di lorong tengah dan kanan jalan, sebelum salah sebuah motosikal terlanggar sebelum bergeser dengan penghadang jalan berkenaan.

Namun selepas insiden tersebut, beberapa orang penunggang motosikal daripada kumpulan sama bertindak melawan arus untuk melihat keadaan rakannya.

Sementara itu, warganet yang melihat video berkenaan mengecam perangai kumpulan mat rempit yang masih tidak serik dengan pelbagai berita berkenaan kes kemalangan melibatkan kelompok mereka sendiri.

"Tak pernah serik, tak pernah ambil iktibar dengan apa yang berlaku sebelum-sebelum ini. Masing-masing nak tunjuk hebat," kata Asyraf Serah.

"Ingat arwah dah tadi, kurang sedikit perosak. Sudahlah member nak membantu, pusing sesuka hati melawan arus duduk lorong laju," kata Hafidz Al-Hadi.

Buat masa ini, keadaan mangsa belum dapat dipastikan dan masih belum ada laporan daripada pihak polis berhubung kemalangan berkenaan. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram