[VIDEO] 'Ayah encik nama apa?', konvoi besar mat rempit ditimpa musibah di Lekas


  • Tular
  • Selasa, 11 Jul 2023

Tangkap layar video tular memaparkan satu kumpulan besar penunggang motosikal berkonvoi dan menunggang secara berbahaya di lebuh raya Lekas pada Isnin.dipercayai di Le

SEBUAH kumpulan besar penunggang motosikal dikesan menunggang secara berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan dalam satu kejadian dipercayai berlaku di di Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) pada Isnin.

Kejadian tersebut dirakam menerusi beberapa video tular di sosial media sejak Selasa.

Menerusi siri klip tersebut, kumpulan itu dilihat melakukan perjalanan secara berkonvoi sebelum terlibat dalam kemalangan yang didapati turut membabitkan sebuah kenderaan berada di lorong kanan lebuh raya tersebut.

Beberapa rakaman yang tular itu juga menunjukkan beberapa orang mangsa terbaring di atas jalan dan mengalami kecederaan sambil diberikan pertolongan oleh beberapa penunggang mootosikal lain dan orang awam.

"Ayah encik nama apa, ingat tak?" soal salah seorang individu yang tampil membantu mangsa yang terbaring di atas jalan dan tidak mampu bergerak kerana mengalami kecederaan.

WhatsApp Image 2023-07-11 at 8.49.56 AM

Tangkap layar video memaparkan terdapat mangsa terbaring di bahu jalan lebuh raya terbabit.

Dalam pada itu, rata-rata daripada warganet melahirkan kemarahan mereka terhadap kumpulan tersebut yang disifatkan hanya membahayakan pengguna jalan raya lain.

Malah kebanyakan mereka juga kehilangan rasa simpati terhadap kumpulan penunggang terbabit yang dilihat tidak serik membahayakan nyawa sendiri.

"Simpati saya hanya pada mangsa pengguna jalan raya lain. jika mereka cedera sesama mereka. I'm fine. Saya dah lihat ramai yang tak bersalah jadi mangsa," tulis faezahana.

"Hidup menyusahkan orang. Dah boleh pertimbangkan, tepi lebuh raya tu buat kubur, sediakan tempat untuk tanam. Kalau meninggal dunia sebab berlumba menyusahkan orang macam ni, terus terus masuk dalam kubur," kata azmieydaud.

"Mari aku teka punca kemalangan. Satu, kereta tak bagi signal tukar lorong. Dua, kereta brek mengejut. Tiga, jalan tak ikut spec litar lumba. Empat, memang tak pernah salah dia," ujar Rowdyman5661 dengan nada sinis.

Setakat laporan ini ditulis, masih tiada sebarang kenyataan daripada pihak polis berkenaan insiden tersebut. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram