SEORANG bayi lelaki berusia satu tahun empat bulan dilaporkan meninggal dunia akibat hanyut dibawa arus deras di Sungai Baling, Kedah pada Sabtu.
Mayat mangsa walau bagaimanapun berjaya ditemui oleh penduduk kampung di sebuah Kampung Sungai Limau, Baling yang terletak berhampiran kawasan sungai tersebut.
Berdasarkan perkongsian di Facebook, mayat bayi lelaki itu ditempatkan di sebuah rumah sementara menunggu proses selanjutnya dilakukan.
Mangsa ditemui lemas akibat hanyut dibawa arus deras sungai terbabit. — Facebook
Dalam pada itu, kes itu dipercayai berlaku ketika mangsa bersama keluarganya sedang bermandi manda di sungai terbabit.
Ada pihak mendakwa bahawa insiden tersebut berlaku disebabkan kecuaian penjaganya yang dikatakan tidak memantau keselamatan anaknya dengan baik ketika kejadian.
Namun, masih belum ada laporan lanjut berhubung kes berkenaan setakat ini dan orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan insiden kematian tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram