AKSI berani seorang lelaki menangkap ular tedung sepanjang kira-kira tiga meter mendapat perhatian warga maya.
Masakan tidak, dengan hanya menggunakan tangan, dia dilihat bertungkus-lumus 'bertarung' bersendirian untuk menangkap ular tersebut sambil disaksikan pengguna jalan raya lain.
Video berdurasi 13 saat yang dikongsikan di laman Twitter Datuk Jahat Hensem pada Sabtu itu difahamkan berlaku di Sarawak.
Kejadian tersebut berjaya dirakam oleh orang ramai yang turut berada di tempat kejadian sebelum ia tular di media sosial.
Lebih menarik perhatian netizen, seorang wanita dilihat cuba menghulurkan beg plastik daripada jenama rangkaian kedai serbaneka, eco-shop kepada lelaki berkenaan, berkemungkinan untuk memasukkan ular tersebut ke dalam begnya.
"Orang Sarawak ni memang baka lain sikit. Nak tangkap ular tedung pun guna beg eco-shop," ciap pengguna Twitter yang memuat naik video berkenaan.
Namun begitu, keberanian lelaki itu mendapat pujian ramai warga maya yang mengagumi kemahirannya menangkap ular tersebut tanpa menggunakan peralatan khas.
"Orang Borneo jangan hairan bosku, taman permainan keluar masuk hutan," tulis Adaem MaliQ.
"Macam mana dia boleh pegang macam tu saja? Geli oii," kata Feefeeku. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram