[VIDEO] Rohingya makin besar kepala di Kulai, selamba longgok besi buruk atas jalan siap maki penduduk


  • Tular
  • Jumaat, 26 Mei 2023

Tangkap layar video lelaki dipercayai etnik Rohingya bertindak kurang ajar dengan memarahi dan menunjukkan isyarat jari tengah kepada individu yang merakam.

TINDAKAN sekumpulan etnik Rohingya meletakkan tong besar yang dipenuhi dengan besi buruk di atas jalan raya mendatangkan kemarahan penduduk sekitar.

Tong yang diletakkan di laluan sempit itu menyukarkan lagi pengguna jalan raya untuk melalui kawasan berkenaan.

Berdasarkan video yang dimuat naik di Twitter pada Jumaat, seorang lelaki merakam keadaan kawasan perumahan yang didiami oleh keluarga etnik Rohingya dipercayai di Kulai Besar, Johor.

Bagaimanapun, setelah mengetahui dirinya dirakam, seorang lelaki dipercayai etnik Rohingya bertindak kurang ajar dengan memarahi dan menunjukkan isyarat jari tengah kepada individu yang merakam.

"Kita cari makan punya, ini dia mari kacau," katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menunjukkan rasa tidak puas hati dengan sikap etnik Rohingya yang biadap itu.

"Belum pernah bersemuka dengan warga Rohingya, tapi ini melampau. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tak ambil tindakan atau ada yang melindungi? Undang-undang apa yang kebal sangat ni? Ganggu jalan, lorong kenderaan kan tu?" soal iamein.

"Orang Malaysia terlalu baik, sampaikan mereka pijak kepala kita," kata Inderasakti.

"Tolonglah hantar balik ke negara mereka. Tak mendatangkan faedah," ujar Pausbiru.

"Sesiapa dekat kawasan sana tolong pantau sikit kalau lebih-lebih lapor ke pihak berkuasa, bagi ajar sikit pendatang ni jangan sesuka dia buat macam negara sendiri," tulis Eddedd. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram