KEHADIRAN orang ketiga dalam rumah tangga bukan lagi isu asing pada hari ini. Bahkan, orang ketiga juga merupakan salah satu punca berlakunya keretakan melayari bahtera perkahwinan hingga membawa perceraian.
Baru-baru ini, tular satu video seorang wanita berjaya menangkap suaminya berlaku curang dengan wanita lain.
Video tersebut turut menjadi bualan ramai ekoran dakwaan wanita tersebut yang suaminya kantoi tidur bersama bekas isteri lelaki terbabit.
Melalui video tular yang dimuat naik dalam aplikasi TikTok @Fateema Fahmi, menunjukkan wanita berkenaan sedang memandu di jalan raya sebelum keretanya dihalang seorang lelaki dipercayai suaminya.
Lelaki itu kemudiannya dilihat cuba membuka pintu kenderaan yang dipandu wanita berkenaan sehingga menarik perhatian orang awam yang berada di tempat kejadian.
Dalam video berdurasi seminit lebih itu kedengaran wanita berkenaan menerangkan situasi sebenar kepada orang awam yang bertanya tentang keadaannya.
"Tak ada apa-apa. Tadi dia pukul, dia (suami) kantoi dengan perempuan lain.
"Kau (suami) ambil gunting tadi nak tikam aku kan? Sial lah kau. Kenapa kau bawa balik perempuan itu tidur rumah kau? Kau jangan ingat kau boleh buat sesuka hati, tiga tahun aku hidup dengan kau," jerit wanita tersbut pada suaminya.
Turut kedengaran suaminya cuba memujuk isterinya yang sedang marah dan menafikan membawa bekas isterinya tidur di rumah.
"Saya kalau mahu..sudah lama saya buat tetapi saya sayang. Dia mantan (bekas) isteri aku," katanya.
Setakat berita ini ditulis belum dapat dipastikan tarikh dan lokasi sebanar kejadian itu berlaku.
Namun begitu, ketika berlakunya kekecohan antara pasangan suami isteri itu terdapat satu insiden melucukan melibatkan seorang penunggang motosikal yang tidak menghiraukan pergaduhan terbabit.
Sebaliknya, dia meminta izin untuk lalu di hadapan mereka selepas memberikan nasihat.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram