[VIDEO] 'Makin besar kepala', penduduk tahan warga asing 'miang' didakwa raba gadis tempatan di Tambun


  • Tular
  • Rabu, 21 Jun 2023

Tangkap layar sekumpulan warga asing ditahan polis selepas didakwa meraba seorang wanita tempatan di pasar malam Tambun, Ipoh, Perak.

SEORANG warga asing didakwa melakukan gangguan seksual terhadap wanita tempatan di gerai pasar malam dekat Tambun, Ipoh, Perak pada Rabu.

Difahamkan, kelakuan warga asing terbabit berjaya dihidu penduduk dan pengunjung di tempat berkenaan yang seterusnya menahan mereka untuk diserahkan kepada pihak berkuasa.

Urusetia pasar malam tersebut juga dilaporkan turut membantu dalam tangkapan itu yang sekali gus berjaya menghentikan kelakuan terkutuk berkenaan.

Dalam satu rakaman video tular di TikTok memaparkan insiden di mana si pelaku sudah pun ditangkap polis dan dibawa ke balai untuk siasatan lanjut.

Warganet turut meluahkan kecaman berhubung perkara itu yang dikatakan bukanlah kejadian kali pertama berlaku di situ.

"Dah berani nak meraba anak dara tempatan, dulu dorang datang sini nak pandang muka kita pun takut, tapi sekarang makin besar kepala tak sedar diri pendatang," kata starmoon77.

"Isu warga asing gatal ni memang tak pernah selesai, makin besar kepala golongan pendatang ni," ujar Wawauteh.

"Bukan kes pertama berlaku di pasar malam, ramai anak gadis yang pernah jadi mangsa tapi semua terpaksa berdiam diri sebab takut, warga asing semakin ditakuti sekarang," jelas SyuhadaJunaid.

"Negara tak akan selamat kalau dah beribu warga asing dibawa masuk untuk tujuan kerja, rakyat kena sentiasa hati-hati sekarang," tambah Md Aris98.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, perintah tahanan reman ke atas lelaki berusia 20 tahun itu bermula pada Rabu hingga Jumaat depan.

“Laporan polis berkaitan kejadian itu diterima pada Selasa oleh mangsa berusia 36 tahun di mana suspek juga ditangkap pada hari sama. Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan,” katanya.

Menurut beliau, siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram