Dah tampal pun masih berlubang, 'pothole' neraka tunggu mangsa di Kuala Selangor


  • Tular
  • Rabu, 21 Jun 2023

Jalan berlubang dipercayai berlaku di hadapan SJKC Khai Tee, Pasir Penambang, Kuala Selangor, Selangor.

TULAR satu gambar menunjukkan keadaan jalan raya yang berlubang walaupun sudah ditampal dipercayai berlaku di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Tee, Pasir Penambang, Kuala Selangor, Selangor

Perkara itu dimaklumkan menerusi laman Twitter Mynewshub pada Rabu.

"Pothole yang bakal membunuh orang, dah tampal tapi masih berlubang,"ciapnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menggesa agar pihak berwajib dapat menyelesaikan segera isu tersebut bagi mengelakkan lebih banyak berlaku kemalangan terutamanya dalam kalangan penunggang motosikal.

"Lubang macam ini bahaya untuk motor. Faham tak boleh tutup terus manhole, tapi takkan tak boleh buat apa-apa langsung?" soal Soo_randum.GAME.

"Tunggu menteri-menteri jatuh dalam lubang tu baru selesai," kata shawn Roland.

Jalan berlubang boleh menyebabkan kenderaan yang melalui kawasan itu mengalami kerosakan.

Untuk rekod, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad sebelum ini memaklumkan, sebanyak 2,138 jalan berlubang direkodkan membabitkan jalan persekutuan Semenanjung Malaysia setakat April 2023.

Manakala, sebanyak 8,519 jalan berlubang di jalan persekutuan Semenanjung Malaysia ditampal bagi tahun sebelumnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram