[VIDEO] 'Penunggang motosikal pun boleh arwah', wanita berang jadi mangsa 'lubang maut' di KL


  • Tular
  • Sabtu, 31 Dis 2022

Tangkap layar video menunjukkan keadaan jalan tersebut yang berlubang sehingga menyebabkan kenderaannya rosak.

SEORANG wanita menghadapi situasi cemas apabila tayar keretanya pecah akibat terlanggar lubang besar di Jalan Tun Razak menghala Lebuh Raya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX), Kuala Lumpur baru-baru ini.

Video yang dimuat naik oleh seorang individu di media sosial keadaan lubang yang besar di tengah-tengah jalan tersebut hingga menyebabkan kerosakan pada kenderaannya.

“Tayar pecah malam-malam dekat Kuala Lumpur. Nasib baik bukan keseorangan. Harap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) buat sesuatu.

“Kepada yang selalu guna jalan ini khususnya mereka yang turun daripada laluan bertingkat (flyover) harap semua hati-hati.

“Ini kereta kena, tayar pecah, kalau motosikal memang terpelanting atau arwah, teruk sangat jalan ini, sampai boleh bawa maut,” tulisnya di dalam video itu.

Tinjauan Majoriti di ruangan komen mendapati ramai pengguna jalan itu turut mengalami situasi yang sama sehingga menyebabkan kemalangan atau kerosakan kenderaan gara-gara lubang tersebut.

“Terima kasih suarakan hal ini, hari itu memang lalu sini dan bunyi macam tayar hampir pecah. Suami pula tidak berhenti sebab kereta semua laju,” komen SLKL.

“Saya dan adik pernah kena dekat sini, lubang sangat besar, tayar kereta terus meletup, kes ini juga babitkan beberapa kenderaan pada masa kejadian,” komen netizen yang lain pula," kata Noraiysha Badd.

"Lepas RHB Bank HQ Jalan Tun Razak memang teruk jalan dekat situ, jalan habis lubang-lubang situ baru masuk simpang masuk MyTown," ujar Harry Don.

Belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa dan pihak terbabit berhubung insiden itu setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram