[VIDEO] Puluhan penumpang nyaris ‘ditelan’ bumi gara-gara lubang besar


  • Benua
  • Isnin, 21 Nov 2022

Sebuah bas yang kelihatan seperti 'tergantung' dan hampir memasuki ke dalam lubang besar.

PULUHAN penumpang sebuah bas berdepan detik cemas apabila kenderaan yang dinaiki hampir masuk ke dalam lubang besar (sinkhole) di tengah jalan.

Kejadian tersebut berlaku di Sindh, Karachi, Pakistan baru-baru ini.

Penumpang yang terkandas dalam bas bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri.

Mereka turun dari bas memandangkan kenderaan awam seperti 'tergantung' dan tidak masuk ke dalam lubang sepenuhnya.

Insiden menakutkan itu dirakam oleh orang awam yang berada di lokasi.

Kesesakan lalu lintas turut berlaku memandangkan puluhan orang awam berdiri dan menghalang laluan.

Bas tersebut kemudian perlahan-lahan masuk ke dalam lubang sehinggalah sebahagian kenderaan tersebut tidak kelihatan.

Punca sebenar kejadian masih lagi disiasat. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram