Kecoh! Warganet bongkar kegiatan cikgu tadika tawar khidmat seks, muat naik kandungan lucah


  • Tular
  • Isnin, 22 Mei 2023

Tangkap layar akaun seorang wanita didakwa berkongsi kandungan berunsur lucah dan menawarkan perkhidmatan sek secara terbuka. — Twitter

TULAR di media sosial tentang satu akaun Twitter dan Telegram milik seorang wanita berkongsi kandungan berunsur lucah dan menawarkan perkhidmatan seks secara terbuka sehingga mendapat kritikan ramai.

Lebih mengejutkan lagi perbuatan jelek itu didakwa dilalukan individu tersebut yang dipercayai bekerja sebagai cikgu tadika. Namun, tidak dinyatakan lokasi sebenar wanita tersebut mengasuh atau mengajar.

Perkara tersebut dibongkar oleh @TheUsopIbrahim menerusi bebenangnya menceritakan bagaimana cikgu berkenaan didakwa memuat naik kandungan berunsur lucah dan menawarkan perkhidmatan seks.

"Selamat pagi semua kecuali cikgu tadika yang ada akaun buat sex service (perkhidmatan seks). Orang hantar anak ke tadika doa dapat cikgu yang elok sekali dapat yang seperti ini.

"Kalau kerja hakiki kau tak berkaitan dengan budak under age (bawah umur) ini aku tak peduli sangat kau nak menjual badan tetapi ini mengajar kanak-kanak tapi ada kegiatan tak bermoral baik cari kerja lain," ciapnya.

Dakwa Usop lagi, wanita berkenaan turut merakam dirinya melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam tandas premis tadika tersebut.

11

Tangkap layar akaun Twitter cikgu tadika yang didakwa menawarkan perkhidmatan seks. — Twitter

"Aku baru tahu lagi teruk bila dia ada record (rakam) video aksi meramas payudaranya dalam tandas tadika. Boleh dengar suara budak-budak dengan ada cikgu mengajar kat belakang. Gila babi," katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengecam tindakan wanita berkenaan yang secara terang-terangan melakukan aksi terkutuk tersebut.

"Perempuan tak guna. Jangan sampai aku jumpa, memang aku campak dalam sungai terus," kata Milly90.

"Mana maruah seorang wanita zaman sekarang, secara terang-terangan merakam video sendiri. Aku yang tengok dan aku yang malu," ciap Arefix.

Sementara itu Fred pula meluahkan rasa bimbang selepas melihat gambar yang ditularkan tersebut.

"Kalau sesiapa tahu cikgu itu mengajar di mana tolong bagitahu dan kalau ada gambar dia sebarkan saja. Risau anak jadi pelajar cikgu syaitan macam itu," katanya.

Ada pengguna Twitter mendakwa sudah melaporkan perkara tersebut kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk tindakan lanjut.

Namun, hasil pemerhatian Majoriti, akaun Twitter dan Telegram milik wanita berkenaan sudahpun dipadamkan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram